Hi dunia blogger yang entah masih ada pembacanya atau tidak.
Sudah lama tak menaip. tiba-tiba harini rasa nak bercerita. nak kongsikan bersama. nak keluarkan apa yang terbuku di dada.
Aku..
nak dikatakan baik, memang tak layak.
nak dikatakan hina,
ku juga punya perasaan.
nak dijadikan contoh,
jauh tersasar..
nak dijadikan kutukan,
dalam keperitannya.
Untuk kamu, kamu dan kamu...
Kau lemparlah kata-kata kesatmu,
katalah apa sahaja,
marahlah,
bencilah,
hinalah aku.
katakan apa saja yang kau mau.
aku masih disini, berdiam kaku.
dah tak berdaya nak lawan dan pertahankan hak kebenaran untuk diri aku sendiri.
kerana apa?
biarlah benar sekalipun bicaraku,
biarlah jujur sekalipun pengakuanku,
biarlah tepat sekalipun kata-kataku,
biarlah segala yang aku lakukan, tiada cacat cela penipuan namun segalanya benar...
takkan pernah kau akuinya.
takkan pernah betul dimata,
takkan pernah baik di dengar.
takkan pernah positif dipandang.
tak..
tak pernah..
saat aku berdiri untuk cuba pertahankan diri.
engkau sendiri suruh aku melangkah pergi..
hiduplah aku sendiri.
sunyi dan sepi.
benar, aku kelihatan seperti aku tak hiraukan apa yang terjadi.
tapi, tak pernah sekalipun kau tahu,
tidur malamku ditemani air mata yang terus mengalir
membasahi pipi.
tak pernah kau tahu,
lenaku diiringi mimpi-mimpi ngeri,
tak pernah kau tau,
sakitnya hatiku ini untuk terima cabaran sebesar ini.
aku sendiri.
tanggung semua sendiri.
pada awalnya, aku rapuh,
aku tak dapat nak terima perubahan hidup aku
aku rasa sunyi tanpa orang yang sentiasa buat kecoh siang malamku.
aku sedih merindui semua orang.
namun, aku cuba untuk sahut cabaran ini.
anggap saja aku diuji Ilahi.
hati aku yang jatuh berkecai,
aku kutip sendiri.
perasaan yang dilukai ,
aku ubati sendiri,
tangisan air mata yang menitis setiap malam dan pagi,
aku usap sendiri,
diri yang lemah longlai,
yang dah tak berdaya untuk bangun lagi,
aku pujuk sendiri..
aku bangkit ,
tapi tetap lemah dan rapuh.
aku tak tunjuk pada siapapun,
tapi hakikatnya, aku seolah2 tak mampu menahan kesakitan.
yet,i keep going.
aku mungkin dah cuba yang terbaik,
tapi kalau tuhan tak mengizinkan,
mungkin ada yang lebih baik kemudian hari,
apa yang teruk aku pernah lakukan, sampai sekarang kau ungkit ungkitkan.
dan kau kata lagi, seolah-olah tak pernah ada kebaikan yang aku lakukan.
aku bukan apa,
yang baik itu, biarlah antara aku dan Tuhan saja,
tak perlu riak dan menunjuk-nunjuk yang kau berbuat baik.
17 tahun aku hidup, selama mana aku kenal kau,
selama tu juga aku yang mengalah,
kenapa kau tak pernah pandang semua tu.?
dulu,
aku cemburu..
cemburu tengok orang2 kaya,
bila raya, pakaian mewah2..
kasut mahal2..
sedangkan keluarga aku biasa2 aje.
setiap kali birthday, jarang sangat nak sambut,
dapat hadiah jauh sekali..
sekadar ucapan dibibir..
smpai pernah ..
aku menangis, mohon keluarga aku dpt hidup senang..
aku nak hidup mewah.. nak ada itu, nak ada ini..
sekarang aku dapat ..
tapi sayang..
duit dan harta tak kemana..
malah semua ni hancurkan hidup aku.
macam2 dugaan.
sebab duit, darah dging sendiri sanggup cemburu, dengki.
sayang..
duit sebenarnya tak dapat berikan apa2 melainkan semua yang sementara..
dan harini,
tiap kali aku dilukai hanya dengan harta dunia.
ayat yang sama berulang dibibir,
" lebih baik miskin tapi bahagia, dripada kaya tapi derita "
aku nak kau tau,
kalau kau kecewa dengan aku,
jangan risau, ia tak seteruk
aku kecewa dengan diri sendiri.
untuk tahap ini, aku sendiri tak tak berdaya untuk terus bertahan,
tapi aku paksakan.
aku sendiri tak tahan dengan kesakitan, kekecewaan dan kesedihan,
tapi aku tabahkan.
dulu aku sangkakan,
do good,
and people will do good to you.
tapi sekarang aku sedar,
when you do good, never expect the world to give the same in return,
because,
expectation hurts the most.
aku sendiri dah tak mengharapkan apa2,
my life is a piece of blank paper,
you see nothing, but a paper.
sama ada aku masih bernafas untuk esok hari,
atau jantungku sudahpun terhenti.
Sampai masanya nanti,
yang berusaha akan berhenti,
yang mencari akan menjumpai,
yang berharap akan tarik diri,
dan..
yang pergi takkan kembali.. :)
Thanks For Reading My Entry ♥ Zana ♥
No comments:
Post a Comment