Luahan Hati

Hi dunia blogger yang entah masih ada pembacanya atau tidak.
Sudah lama tak menaip. tiba-tiba harini rasa nak bercerita. nak kongsikan bersama. nak keluarkan apa yang terbuku di dada. 
Aku..
nak dikatakan baik, memang tak layak.
nak dikatakan hina, 
ku juga punya perasaan.
nak dijadikan contoh,
jauh tersasar..
nak dijadikan kutukan,
dalam keperitannya.
Untuk kamu, kamu dan kamu...
Kau lemparlah kata-kata kesatmu,
katalah apa sahaja,
marahlah, 
bencilah,
hinalah aku. 
katakan apa saja yang kau mau.
aku masih disini, berdiam kaku. 
dah tak berdaya nak lawan dan pertahankan hak kebenaran untuk diri aku sendiri.
kerana apa?
biarlah benar sekalipun bicaraku,
biarlah jujur sekalipun pengakuanku,
biarlah tepat sekalipun kata-kataku,
biarlah segala yang aku lakukan, tiada cacat cela penipuan namun segalanya benar...
takkan pernah kau akuinya.
takkan pernah betul dimata,
takkan pernah baik di dengar.
takkan pernah positif dipandang.
tak..
tak pernah..
saat aku berdiri untuk cuba pertahankan diri.
engkau sendiri suruh aku melangkah pergi..
hiduplah aku sendiri.
sunyi dan sepi.
benar, aku kelihatan seperti aku tak hiraukan apa yang terjadi.
tapi, tak pernah sekalipun kau tahu,
tidur malamku ditemani air mata yang terus mengalir
membasahi pipi.
tak pernah kau tahu,
lenaku diiringi mimpi-mimpi ngeri, 
tak pernah kau tau,
sakitnya hatiku ini untuk terima cabaran sebesar ini.
aku sendiri.
tanggung semua sendiri.
pada awalnya, aku rapuh,
aku tak dapat nak terima perubahan hidup aku
aku rasa sunyi tanpa orang yang sentiasa buat kecoh siang malamku.
aku sedih merindui semua orang.
namun, aku cuba untuk sahut cabaran ini.
anggap saja aku diuji Ilahi.
hati aku yang jatuh berkecai,
aku kutip sendiri.
perasaan yang dilukai ,
aku ubati sendiri,
tangisan air mata yang menitis setiap malam dan pagi,
aku usap sendiri,
diri yang lemah longlai,
yang dah tak berdaya untuk bangun lagi,
aku pujuk sendiri..
aku bangkit ,
tapi tetap lemah dan rapuh.
aku tak tunjuk pada siapapun, 
tapi hakikatnya, aku seolah2 tak mampu menahan kesakitan.
yet,i keep going.
aku mungkin dah cuba yang terbaik,
tapi kalau tuhan tak mengizinkan, 
mungkin ada yang lebih baik kemudian hari,
apa yang teruk aku pernah lakukan, sampai sekarang kau ungkit ungkitkan.
dan kau kata lagi, seolah-olah tak pernah ada kebaikan yang aku lakukan.
aku bukan apa,
yang baik itu, biarlah antara aku dan Tuhan saja,
tak perlu riak dan menunjuk-nunjuk yang kau berbuat baik.
17 tahun aku hidup, selama mana aku kenal kau,
selama tu juga aku yang mengalah,
kenapa kau tak pernah pandang semua tu.?
dulu,
aku cemburu..
cemburu tengok orang2 kaya, 
bila raya, pakaian mewah2..
kasut mahal2..
sedangkan keluarga aku biasa2 aje.
setiap kali birthday, jarang sangat nak sambut,
dapat hadiah jauh sekali..
sekadar ucapan dibibir..
smpai pernah ..
aku menangis, mohon keluarga aku dpt hidup senang..
aku nak hidup mewah.. nak ada itu, nak ada ini..
sekarang aku dapat ..
tapi sayang.. 
duit dan harta tak kemana..
malah semua ni hancurkan hidup aku.
macam2 dugaan.
sebab duit, darah dging sendiri sanggup cemburu, dengki.
sayang..
duit sebenarnya tak dapat berikan apa2 melainkan semua yang sementara..
dan harini,
tiap kali aku dilukai hanya dengan harta dunia.
ayat yang sama berulang dibibir,
" lebih baik miskin tapi bahagia, dripada kaya tapi derita "
aku nak kau tau,
kalau kau kecewa dengan aku,
jangan risau, ia tak seteruk 
aku kecewa dengan diri sendiri.
untuk tahap ini, aku sendiri tak tak berdaya untuk terus bertahan, 
tapi aku paksakan. 
aku sendiri tak tahan dengan kesakitan, kekecewaan dan kesedihan,
tapi aku tabahkan.
dulu aku sangkakan,
do good,
and people will do good to you.
tapi sekarang aku sedar,
when you do good, never expect the world to give the same in return,
because, 
expectation hurts the most.
aku sendiri dah tak mengharapkan apa2,
my life is a piece of blank paper,
you see nothing, but a paper.
sama ada aku masih bernafas untuk esok hari, 
atau jantungku sudahpun terhenti.

Sampai masanya nanti, 
yang berusaha akan berhenti,
yang mencari akan menjumpai, 
yang berharap akan tarik diri,
dan..
yang pergi takkan kembali.. :)

Thanks For Reading My Entry ♥ Zana ♥

Letakkan usaha itu.


Ffs, It's been awhile since I've been writing in here aight..(?) 
Lol, Laziness+kinda...ermm, yaa kinda busy thats why.

Okay, what am I going to write today?
err..


" Letakkan Usaha Itu.. "

what does that mean?
Nak letak usaha kat mana?
dalam kotak?
laci?
pencil case?

Nah, too lame lah. 
let's get started. 

" Kau kata dan kau minta...
Kau suruh dan kau paksa...
kau harap, minat, dan ingin 'mereka' (it can be ur friends, or anyone) dapatkannya.."

Akan tetapi..
Dimanakah usaha-mu? 

Wahai teman, sahabat, rakan, saudara serta saudari, mahupun dikau yang sedang membaca..
*atau mungkin tiada seorang pun yg membaca coretan ini xD*
okay, tidak mengapa...

Apabila engkau inginkan mereka mendapatkanmu seekor unta,
namun.. 
mereka pulang membawa seekor ayam...

Janganlah engkau menyalahkan mereka...
Kenapa?

Kerana, 
sekurang-kurangnya, mereka berusaha mendapatkanmu sesuatu walaupun nilainya lebih sedikit.

Jangan engkau kutuk dan marahkan mereka...
Kenapa?

Kerana, 
Kau tidak tahu susah payah mereka lalui untuk mendapatkan sesuatu itu meskipun gagal...

Jangan sesekali engkau mempelekehkan kebolehan mereka...
Kenapa?

Kerana, 
Sekurang-kurangnya, mereka sudah cuba yang terbaik.

Sedangkan engkau?

Mengarah...
tanpa usaha dan semangat kau mengiringi mereka.
membantu mereka..

apakah 'usaha' yang aku maksudkan?
kau tidak terlebih dahulu mengajar mereka, malah tidak juga sama-sama membantu untuk mendapatkan apa yang kau minta itu.

Ibarat kata, 
you wanna charge your cellphone, but, you didn't open the plug. and... yet, you're hoping the battery will get full energy. Is it possible?
Nope.. 
not at all lah...

or you got a sport match..
any sport...
football, badminton, or basketball what so ever.. 
tapi kau tak practice apa2, and just directly go the the venue and start lawan.
do you think you can win ? obviously not right?

Cuba kau fikr, 
apabila kali pertama kau ke sekolah ... tanpa,
tahu mengira ataupun membaca..
nothing at all. 

apabila gurumu memberi buku ABC atau 123,
lalu menyuruh engkau membaca atau mengira..
tanpa terlebih dahulu mengajarmu. 
Dapatkan kau lalukan apa yang disuruh oleh dia ?

T.i.d.a.k bukan?

Kerana, guru itu sendiri tidak meletakkan usahanya keatas kamu.
Dia tidak berusaha untuk mengajarmu.

Apabila kita inginkan seseorang itu menjadi baik, 
terapkan kedalam diri kita terlebih dahulu sikap yang baik itu.

Apabila kita inginkan seseorang itu bijak dan pandai, 
tanam dahulu sikap rajin belajar dalam diri kita.

kerana, apabila kita melihat orang berbuat baik, 
akan ada satu rasa dalam diri kita untuk berbuat baik juga.

Letakkan 'usaha' kita terlebih dahulu,
barulah mengharapkan usaha dari mereka. 

:)

Well, I know I'm not so good at bahasa xD Neither in english. But as long as I have a point when I'm talking, and you understand what I'm talking about, then i think it''s fine xD

Xoxo.




Thanks For Reading My Entry ♥ Zana ♥

Dimanakah kita (?)

Hye guys! setelah sekian lama membisu tanpa pesan,
hari ini kembali memainkan peranan.

Biarlah gambar berbicara, 
*Gmbr Blue Mosque, Turkey*

Ada satu masa,
kita lupa tentang diri kita,
di bumi yang kita pijak, di dunia yang kita tinggal.

Ada satu saat, 
kita ingin lari jauh,
jauh daripada masalah yang menghampiri,
pergi mengubati luka dihati,
tinggalkan mereka yang sering melukai perasaan ini.

Saat kesedihan bertaut di hati,
hari demi hari berlalu pergi,
minggu dan bulan kian berganti,
Namun, kita masih menangisi,
segala apa yang terjadi.

Apa bila hati terlalu mengikuti perasaan,
lupalah kita bahawa,
setiap yang berlaku ada hikmahnya.
lupalah kita bahawa,
DIA selalu ada mendengar rintihan HambaNYA
lupalah kita untuk,
memohon kekuatan hati serta ketabahan daripadaNYA.
Sungguh, kita lupa.
kita alpa.

------------------------------------------------------------------------------------------------




*abaikan gambar yang senget*

Aku sering diikuti,
soalan yang memenuhi jiwa dan minda sekarang ini...
akankah aku merasai lagi,
kegembiraan seperti mereka di gambar yang aku upload tadi?
Kebebasan,
keceriaan...
Seperti budak-budak yang tiada masalah menghampiri...

Bagaimanakah ingin mencari keredhaan 
terhadap apa yang dah ditentukan?

Menjauhi...
tidak meminati...
bukan sesuatu yang aku ingini ...
Namun, 
sesuatu yang tak diingini itulah yang hadir kian mendekat...
ibaratkan satu uji kaji untuk diri yang lemah ini.

Bagaimana Harus aku tangani?

Bukan sehari..
bukan dua hari ...
akan tetapi ..
berbulan ...
namun tiada hasilnya ...

Allah, 
sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui apa yang lebih baik.
Engkau lebih memahami Hambamu yang lemah serta serba kekurangan.
Engkau lebih tahu segala sebab yang ada disebalik takdirmu untuk hidupku.

Maka, aku memohon, 
pinjamkan aku kekuatan,
berikan aku ketabahan,






Thanks For Reading My Entry ♥ Zana ♥