Cinta Remaja?



Cinta diusia remaja?
  Apakah Hukumnya? 
Saya sendiri tak pasti tentangnya...
Tapi daripada petikan-petikan yang saya baca,
Batasan dalam bercinta itulah mampu membuatkan haram hukumnya.

 Sudah Allah tunjukkan dalam sebuah hadist Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim)

Dikatakan sahaja,
Remaja sekarang kebanyakannya,
Terjebak di dalam dunia cinta,
diusia yang sangat muda...

Cuba fikirkan secara terbuka,
Remaja-remaja ini sekuat manalah pegangan agamanya?
Kalau dikenyitkan mata dan dan dihulurkan senyuman saja,
sudah jatuh cinta ...
Dimanakah imannya?

Apabila berhubungan pula bagaimana? 
Sesungguhnya syaitan itu ada dimana-mana,
yang sudah berjanji dengan Allah taala,
untuk menyesatkan anak cicit Adam didunia
Fikirkanlah tentang 'ia'

Bukannya apa,
pada pandangan saya,
Cinta monyet sekarang ini semakin berleluasa...
Haduyaii dunia !
Apalah sangat cinta yang tak kemana ,
yang tiada ertinya... 
Semuanya hanya membazir masa...

Ingin saya berkongsi cerita...
Tentang seorang sahabat saya...
Sebelum ini dia bercinta...
dengan seseorang yang saya juga mengenalnya...
Cinta mereka tak sama dengan pasangan lainnya...
Seorang dibahagian Utara,
Seorang lagi dibahagian selatan pula ...
mereka tak menetap ditempat yang sama,
Hanya berhubung melalui line,whatsapp dan sebagainya...
Saya taklah berapa setuju hubungannya,
sedah berkali-kali menasihatinya,
tapi tak diendahkan si dia,
apa lagi nak kata ,
dah nafsu remaja,
nak bercinta...
Si lelaki menyintai kawan saya sepenuh hatinya,
kawan saya ini pula menyayangi teman lelakinya sepenuh jiwa,
Selalu cuba untuk meluangkan masa bersama ...
Meskipun hanya di alam maya...
Cinta yang disulami kepercayaan han harapan kononnya bawa bahagia...

Tapi sampai ke satu tahap,
Tup tap tup tap ,

Cinta terhadap si lelaki makin berkurangan dibawa masa
makin lama makin hambar hubungannya,
Dengan sekelip mata sahaja,
Semuanya hancur bagaikan dipijak raksasa,
Si lelaki itu tak habis2 berkata
bahawa teman saya ini akan menyesal kerana meninggalkannya,
kerana sudah melepaskan pergi seorng lelaki yang mampu mengalirkan air matanya 
untuk teman saya ini sahaja,
"AIR MATA LELAKI SATU KEJUJURAN" beritahunya.
Tetap bagi saya,
sejauh makalah kejujuran lelaki remaja?
kalau umurnya sahaja
baru memasuki 18 tahun belum tulus lagi cintanya,
juga masih jauh perjalanan hidupnya.

Disambungkan lagi kisahnya,
dihujung minggu seperti biasa,
saya membebaskan diri di alam maya,
berborak dengan rakan2 sama ada
yang dekat tau nun jauh disana,
Sudah menjadi kebiasaan saya,
berchatting dengan teman yang tadi dikatakan saya,
kebetulan pula,
kami berbual tentang cinta remaja yang tak kemana,
Seperti hubungan si dia! haha
Jadi saya mengambil kesempatan yang ada,
memerli dia sepuas-puasnya.
Alah! bergurau manja sahaja :)

Mungkin ingin meng-cover-line dari berterusan dibuli,
Dia menasihati diriku ini,

Saya yang memerli dia pada mulanya, 
akan tetapi, diikuti 'motivasi cinta' akhirnya,
berikut perbualannya.

Me : Harapan tinggi melangit, tapi last2 hubungan hancuss leburr! Habuk pun tarakk hahahaha
She : Haha, ituler pasal orang kata tk payah nak berangan tinggi2 sebab last2 nanti kita akan terjelepok kat lantai macam angry bird hahaha.
Me : Eleh cakap kat orang lebih. Talk to urself lah !
She : I'm talking to myself lah ni ! hahaha

Saya tidak mengetahui ...
Apa motif si dia berkata sebegini...
Sedangkan dia ketahui,
Status saya Single Mingle Jinggle bell ini,
Bagi saya, dia hanya mengingati dan menasihati,
agar jejak langkahnya tak di ikuti.

Saya tahu saya ini bukanlah sebaik baik manusia.
Malah saya juga melakukan dosa,
Tapi kalau setakat berkongsi pendapat apa salahnya,
membuka sedikir pemikiran si pembaca,
usahlah bertanya,
sama ada saya ini pernah atau tidak bercinta,
biarlah menjadi rahsia .

Saya sekadar bermuhasabah diri di petang hari .

Jadi bagaimana?
Sudah nampak apa faedah bercinta?
Tentulah tidak! kerana bercinta itu tiada faedahnya.

Ingin saya menutup topic perbualan ini dengan beberapa kata2

  • Banggakan  bahagiakanlah ibubapa & keluarga dulu serta capailah matlamat hidup dan impian kita, kerana cinta remaja ini tak dapat memberi apa2 keuntungan kepada kita...
Disertai juga, kata2 yg saya petik dari sebuah novel ;

" CARILAH CINTA TUHANMU , NESCAYA KAMU AKAN BERTEMU DENGAN CINTA HAMBA"



Thanks For Reading My Entry ♥ Zana ♥

No comments:

Post a Comment